Friday, September 3, 2010

jom try...

RM27,000 untuk pasangan bulan madu


2010/09/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pusat percutian romantik Awana Porto Malai Langkawi menganjurkan Peraduan ‘Awana Bulan Madu’ yang dibuka kepada semua pasangan tempatan mahupun luar negara yang mempunyai hubungan perkahwinan sah bermula 16 Ogos hingga 16 September depan.
Menurut kenyataan media, peraduan ini boleh disertai dengan menghantar gambar berdua yang menarik dan menjelaskan mengapa anda ingin berbulan madu di Pulau romantis Awana Langkawi tidak lebih daripada 150 perkataan sebelum dihantar ke publicrelations@rwgenting. com atau www.facebook.com/awanaresorts.


Katanya, pasangan yang berjaya akan menerima pelbagai hadiah menarik, keseluruhan hadiah bagi peraduan ini bernilai RM27,000 dan semua pasangan dipelawa merebut peluang hebat. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh melayari www. awana.com.my.

naza + habib...

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Hadiah lumayan untuk peserta Salam Aidilfitri
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil

2010/09/04
KUALA LUMPUR: Lima belas peserta terpilih memenangi Peraduan Salam Aidilfitri dan layak menerima pelbagai hadiah lumayan dari tiga penaja iaitu Akojaya Sdn Bhd, Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) dan Naza Talyaa Hotels bernilai RM1,000 setiap seorang.

Kad ucapan kreatif dan nama pemenang akan disiarkan dalam sisipan 1Klassifieds terbitan akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada hari raya pertama, Jumaat ini.
Proses memilih 15 pemenang itu dilakukan wakil penaja iaitu Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Naza Talyaa Hotels, K Sumitra; Pengurus Pemasaran Komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya serta Eksekutif Kanan Tele-Ads, The New Straits Times Press (M) Berhad, (NSTP), Marie Stella A di Balai Berita di sini, semalam.
Peraduan Salam Aidilfitri yang disiarkan akhbar Berita Harian dan Harian Metro sejak Ogos lalu menawarkan pelbagai hadiah lumayan iaitu produk Akojaya, rantai emas bersama loket Habib dan baucar penginapan dua hari satu malam termasuk sarapan untuk dua orang tajaan Naza Talyaa Hotels.

Melalui peraduan ini, peserta berpeluang menghantar ucapan salam Aidilfitri dalam bentuk puisi, pantun dan seloka di mana 15 ucapan paling kreatif dan asli dipilih sebagai pemenang.

Marie berkata, Peraduan Salam Aidilfitri yang berakhir Rabu lalu, mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca setia akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tidak menolak kemungkinan ia dianjurkan lagi.

Sementara itu, Yasheedah berkata, pihaknya berpuas hati dengan penyertaan pembaca dalam peraduan itu dan berminat meneruskannya, tahun depan.