Friday, September 3, 2010

naza + habib...

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Hadiah lumayan untuk peserta Salam Aidilfitri
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil

2010/09/04
KUALA LUMPUR: Lima belas peserta terpilih memenangi Peraduan Salam Aidilfitri dan layak menerima pelbagai hadiah lumayan dari tiga penaja iaitu Akojaya Sdn Bhd, Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) dan Naza Talyaa Hotels bernilai RM1,000 setiap seorang.

Kad ucapan kreatif dan nama pemenang akan disiarkan dalam sisipan 1Klassifieds terbitan akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada hari raya pertama, Jumaat ini.
Proses memilih 15 pemenang itu dilakukan wakil penaja iaitu Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Naza Talyaa Hotels, K Sumitra; Pengurus Pemasaran Komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya serta Eksekutif Kanan Tele-Ads, The New Straits Times Press (M) Berhad, (NSTP), Marie Stella A di Balai Berita di sini, semalam.
Peraduan Salam Aidilfitri yang disiarkan akhbar Berita Harian dan Harian Metro sejak Ogos lalu menawarkan pelbagai hadiah lumayan iaitu produk Akojaya, rantai emas bersama loket Habib dan baucar penginapan dua hari satu malam termasuk sarapan untuk dua orang tajaan Naza Talyaa Hotels.

Melalui peraduan ini, peserta berpeluang menghantar ucapan salam Aidilfitri dalam bentuk puisi, pantun dan seloka di mana 15 ucapan paling kreatif dan asli dipilih sebagai pemenang.

Marie berkata, Peraduan Salam Aidilfitri yang berakhir Rabu lalu, mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca setia akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tidak menolak kemungkinan ia dianjurkan lagi.

Sementara itu, Yasheedah berkata, pihaknya berpuas hati dengan penyertaan pembaca dalam peraduan itu dan berminat meneruskannya, tahun depan.

No comments:

Post a Comment